Pelukis Usik-Usik - Khazim Hj. Sulaiman - dilahirkan
pada tahun 1970-an di Tapah, Perak. Beliau berpengalaman
luas dalam bidang ilustrasi dan kartun ketika menjadi pelukis
di Dewan Bahasa dan Pustaka sekitar tahun 1990-an, iaitu
sebaris dengan pelukis seperti Imuda dan Sabri Yunus. Kini
beliau menjawat jawatan pelukis di Unit Pendidikan,
Utusan Melayu.
Khazim menghasilkan pelbagai ilustrasi dan kartun
dalam buku dan majalah terbitan Kumpulan Utusan
seperti majalah URTV, Mangga, Kawan, Wanita,
Cerdas Pintar serta akhbar Utusan Malaysia, Kosmo!,
sisipan “Pendidikan”, sisipan “Yo!” dan buku-buku
motivasi. Karya beliau turut dimuatkan dalam laman
web Portal Pendidikan Utusan. Antara pencapaian
terbaik beliau dalam bidang seni ialah pemenang
utama logo Hari Kebangsaan 1998 dan
Kartunis Pengguna Terbaik 2006.
No comments:
Post a Comment